hai...

Saturday, 23 February 2013

life and love..

Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal
bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah
perasaanmu.

Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan
segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang
doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan
simpanlah warkah yang tidak beralamat itu
sebaik mungkin.

Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka
serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia
pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu
itu belum tiba.

Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan
Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia
bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama
hilangnya wajah si dia dari hatimu...♥